SHANGHAI, 11 Jan – Juara China Guangzhou Evergrande nampaknya tidak berminat lagi dalam penyerang Borussia Dortmund Pierre-Emerick Aubameyang selepas diberi amaran oleh pihak berkuasa bola sepak negara.
Kelab yang dipimpin oleh legenda Itali Fabio Cannavaro dilaporkan telah memenangi persaingan berjumlah 72 juta euro dengan pesaing Liga Super China (CSL) Beijing Guoan untuk pemain berbakat Gabon.
Namun pada Selasa, Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengingatkan kedua-dua kelab, tanpa menamakan mereka atau Aubameyang supaya jangan ‘terlibat dalam perang bidaan’ dan berkata cukai 100 peratus ke atas pemain asing baru akan dikuatkuasakan.
Juara CSL Evergrande menafikan bahawa mereka sedang memburu pemain berusia 28 tahun itu, walaupun mereka juga tidak menamakannya dan semalam menekankan mereka mahu menurunkan satu pasukan yang mempunyai semua pemain China dalam tempoh dua tahun.
“Kami mengelak daripada membeli pemain asing dengan wang yang banyak dan tidak membabitkan diri dalam mana-mana pertandingan untuk pemain asing, dan kami sedang mengalih tumpuan kami kepada usaha untuk memupuk bakat pemain muda,” kata kenyataan terbaru daripada Evergrande.
Kelab itu, yang memenangi kejuaraan CSL ketujuh pada Oktober, menambah ia sedang berusaha untuk “mencapai matlamat pasukan pada tahun 2020 dalam satu percubaan untuk menyumbang kepada perkembangan bola sepak yang stabil, sihat dan mampan.”
Beijing Guoan masih membisu mengenai sebarang percubaan untuk mendapatkan Aubameyang, tetapi media China melaporkan sebelum ini bahawa Evergrande telah menyingkirkan kelab dari ibu negara dengan tawaran 20 peratus lebih tinggi untuk penyerang tersebut.
Mana-mana perjanjian sekarang nampaknya telah buntu dan kenyataan Evergrande adalah sejajar dengan usaha kerajaan China untuk mengawal perbelanjaan ke atas pemain asing yang mahal dan sebaliknya memilih untuk melabur dalam bakat tempatan.
Juara Evergrande mengakhiri musim lalu dengan enam mata di depan tempat kedua Shanghai SIPG, yang setahun lalu memecah rekod pemindahan Asia apabila mereka membelanja 60 juta euro ke atas pemain midfield Oscar daripada Chelsea. – AFP