Juara dunia papan peluncur salji meninggal dunia

SYDNEY, 8 JULAI – Juara sukan papan peluncur salji dunia dua kali, Alex ‘Chumpy’ Pullin meninggal dunia kelmarin pada usia 32 tahun, dilaporkan ketika beliau sedang melakukan aktiviti memancing di pantai Australia, kata pegawai Olimpik.

Pullin, yang merupakan pembawa bendera pasukan Australia pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014, didapati tidak sedarkan diri ketika berada di dasar laut semasa memancing di Gold Coast di Queensland, ketika itu juga disahkan meninggal, kata laporan media tempatan.

“Ini adalah hari yang sangat menyedihkan bagi kita semua,” kata Ian Chesterman, ketua pegawai olimpik Australia di Sukan Olimpik Musim Sejuk Vancouver 2010, Sochi 2014 dan Pyeongchang 2018, di mana Pullin menyertai kesemuanya.

“Chumpy adalah juara dan juga atlet yang sangat bagus. Dia mempunyai karisma yang hebat yang membolehkannya menjadi pemimpin secara semula jadi.

“Dia selalu melakukan yang terbaik setiap kali ketibaan sukan musim sejuk di negara ini kerana dia sangat bersemangat dengan apa yang dia lakukan.” – AFP

Gambar fail pada 12 Mac 2017 menunjukkan pemain papan peluncur salji Australia, Alex Pullin ketika memenangi pingat gangsa semasa Kejohanan Dunia Snowboard dan Ski Gaya Bebas FIS di Sierra Nevada. – AFP