LONDON, 7 Nov – Juara Formula Satu, Lewis Hamilton menghindarkan dari membayar cukai terhadap jet peribadinya dengan menggunakan perancangan teliti yang sekarang berada di bawah penyiasatan oleh pihak berkuasa cukai British, menurut satu dokumen bocor yang didedahkan.
Pemandu itu menerima bayaran semula 3.3 juta pound (AS$4.4 juta, EUR 3.7 juta) VAT pada 2013 selepas pesawat mewahnya diimport ke Isle of Man, cukai rendah British Crown Dependency, menurut BBC dan akhbar Guardian.
Pendedahan tersebut adalah yang terbaru muncul dari Paradise Papers, yang dikeluarkan oleh Konsortium Penyiasatan Kewartawanan Antarabangsa (ICIJ) yang berpangkalan di AS.
Mereka mendakwa firma akauntan EY dan Appleby, firma undang–undang yang berpangkalan di Bermuda yang menjadi tumpuan pembocoran itu, membantu Hamilton dan berdozen pelanggan lain dalam menubuhkan urusan pajakan yang dilihat palsu untuk mendapatkan rebet VAT bernilai berjuta pound.
Penyusunan sukar itu, yang melibatkan beberapa individu untuk membentuk entiti yang menyewakan jet mereka sendiri, mungkin melanggar peraturan Eropah yang menghalang pembayaran semula bagi kegunaan peribadi, kata cawangan media.

Wakil bagi Hamilton tidak dapat dihubungi oleh AFP bagi mendapatkan ulasan.
Peguamnya memberitahu BBC dalam kajian oleh barrister cukai mendapati struktur tersebut adalah sah, dan sebahagian VAT telah dibayar menerusi penyusunan itu.
Terdapat juga petanda Hamilton terlibat secara langsung dalam menghasilkan skim tersebut, dan mengikuti nasihat professional, kata Guardian.
EY berkata ia tidak membincangkan pelanggan individu.
“Semua nasihat kami, sama ada dalam merancang atau mematuhi, berdasarkan pengetahuan kami terhadap undang-undang cukai dan memberikan ketelusan kepada pihak berkuasa cukai,” tambahnya dalam satu kenyataan.
Appleby tidak memberikan respons kepada permintaan bagi mendapatkan ulasan. – AFP