Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juara karate Jepun dakwa dibuli pegawai

    TOKYO, 31 MAC – Seorang juara karate Jepun yang akan bertanding pada Olimpik Tokyo memberi keterangan di depan suruhanjaya etika hari ini, mendakwa seorang pegawai persekutuan memukul mukanya dengan pedang buluh.

    Ayumi Uekusa (gambar), yang akan bertanding dalam kategori kumite 61kg wanita selepas karate disenaraikan dalam Olimpik pada musim panas ini, berkata dia adalah mangsa kempen buli oleh Masao Kagawa, pengarah teknikal Persekutuan Karatedo Jepun.

    Ia merupakan skandal ‘gangguan kuasa’ terbaharu yang membelenggu sukan Jepun, dengan persekutuan gusti negara meminta maaf kepada juara Olimpik empat kali, Kaori Icho pada 2018 berhubung dakwaan buli.

    Uekusa, juara dunia pada 2016, mendakwa dalam blog pada Ahad bahawa Kagawa mula menggunakan pedang buluh sebagai sebahagian daripada latihannya, dengan tujuan memaksanya mengelak hayunan pedangnya. Namun Uekusa berkata dia dan atlet lain mengalami mata lebam selepas Kagawa memukul mereka di muka dengan pedang ketika berlatih tanpa perlindungan kepala. Kagawa menafi kesemua dakwaan.

    Dia juga mendakwa Kagawa sering menjerit padanya dan menegur mengenai kehidupan peribadinya, memusnah harga dirinya dan menyebabkannya tidak dapat menumpu pada latihan disebabkan stres.

    “Bertemu dengan pengajar saya menjadi amat sukar, menangis dalam perjalanan ke dojo menjadi sebahagian daripada kehidupan harian saya,” tulisnya di blog. Media Jepun melaporkan Uekusa dan Kagawa memberi keterangan di depan jawatankuasa etika persekutuan di Tokyo hari ini, dengan Uekusa memberitahu wartawan dia telah ‘bercakap secara terperinci’ mengenai apa yang telah berlaku. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda