Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juara Olimpik 1956, Bobby Joe Morrow meninggal dunia

    SAN BENITO, TEXAS, 31 MEI – Bobby Joe Morrow, pelari pecut berasal dari Texas yang memenangi tiga pingat emas dalam Sukan Olimpik Melbourne pada tahun 1956 semasa beliau masih menuntut di Universiti Kristian Abilene, meninggal dunia semalam. Beliau berusia 84 tahun.

    Keluarga Morrow mengatakan bahawa beliau meninggal di rumahnya di San Benito.

    Morrow memenangi kejohanan larian pecut 100 dan 200 meter di Melbourne dan mengungguli larian berganti-ganti 400 meter di Amerika Syarikat, menyamakan rekod dunia dengan catatan masa 20.6 saat bagi larian pecut 200 meter dan membantu skuadnya mencipta rekod dunia.

    Pada awal tahun 1956, beliau berjaya mempertahankan gelaran AAU 100-ela dan memenangi larian pecut untuk Abilene Christian di kejuaraan kolej kebangsaan.

    Beliau diberi penghormatan sebagai Olahragawan Terbaik Tahunan oleh Sports Illustrated, dan memenangi Anugerah James E. Sullivan AAU pada tahun berikutnya. “Kita bersama-sama bersimpati dan berdoa untuk keluarga Morrow,” kata Abilene Christian dalam laman Twitternya. Morrow menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Rio Grande Valley di sepanjang Teluk Mexico berhampiran sempadan Mexico. – AP

    Aksi Bobby Joe Morrow (kiri) mewakili Amerika Syarikat, melintasi garisan penamat untuk menganugerahkan pasukan AS pingat emas dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter di Sukan Olimpik Musim Panas di Stadium Olimpik di Melbourne, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda