TOKYO, 29 Nov – Sukan tradisional turun temurun Jepun, sumo sekali lagi dihentam dengan insiden memalukan selepas juara sumo, Harumafuji dilaporkan bersara dari sukan itu selepas terlibat pergaduhan dengan pesaing terdekatnya semasa keluar makan, menurut bos kepada atlet sumo itu.
Tuan kepada Harumafuji berkata kepada media tempatan bahawa atlet sumo kelahiran Mongolia yang digelar Yokozuna telah ‘menconteng arang‘ kepada Persatuan Sumo Jepun (JSA) selepas insiden yang berlaku pada bulan lalu yang menyebabkan Takanoiwa mengalami keretakan bahagian kepala.
Persaraan ini merupakan yang kedua yang melibatkan atlet kelahiran Mongolia selepas Asashoryu pada 2010 dengan segera bersara kerana dituduh terlibat dengan pergaduhan di luar kelab Tokyo dan menyebabkan seorang pemuda mengalami patah hidung.

Yokozuno dijangka akan diberi teguran tetapi bukit sudah jelas dan Harumafuji sudah pun mengaku telah memukul Takanoiwa kerana tidak menghiraukan kemarahannya disebabkan sikap buruk Takanoiwa.
Harumafuji yang berusia 33 tahun itu telah mencapai di kedudukan tertinggi lima tahun yang lalu, nama sebenar beliau ialah Davaanyam Byambadorj telah menafikan laporan mengenai beliau menggunakan botol kaca dalam pergaduhan itu tetapi mengakui telah menumbuk Takanoiwa dan menghentam menggunakan alat kawalan jauh karaoke.
Takanoiwa telah dimasukkan ke hospital akibat mengalami gegaran dan keretakan kepala selepas insiden yang terjadi di sebuah bar yang terletak di Tottori, barat Jepun semasa mengadakan jelajah sumo serantau pada akhir Oktober lepas, menurut media tempatan. – AFP