Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juara Triathlete paralimpik juga wira perangi COVID-19 di Sepanyol

    TOKYO – Semasa perintah berkurung di Sepanyol, juara Paralimpik sukan triatlon, Susana Rodriguez berlatih dengan penuh gigih di rumah dan membantu memerangi wabak koronavirus dalam pekerjaannya sebagai doktor.

    Rodriguez yang menyertai sukan renang, basikal dan larian untuk meraih emas dalam perlumbaan PTVI baru-baru ini bagi atlet yang ada masalah penglihatan mengatakan dia bekerja di hospital bermaksud dia ‘tahu COVID-19 sangat serius, sejak awal’.

    Pada hari-hari awal bermulanya penularan wabak itu, ketika dia berada di talian telefon untuk menilai orang yang mengalami gejala, ketuanya akan mengadakan pertemuan setiap pagi.

    “Dia memberikan data baharu dan semuanya menjadi salah,” kata atlet berusia 33 tahun itu kepada AFP sebelum pertandingannya di Sukan Paralimpik Tokyo yang ditangguhkan akibat virus itu.

    “Tahun lalu, saya menyedari bahawa Sukan Tokyo tidak akan dapat diteruskan, sebelum mereka mengatakan sukan itu tidak akan berlangsung pada tahun 2020.”

    Susana Rodriguez dari Sepanyol dan pembimbingnya, Sara Loehr semasa bertanding dalam sukan triatlon wanita PTVI di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Taman Laut Odaiba di Tokyo baru-baru ini. – AFP
    Aksi Susana Rodriguez dan Sara Loehr ketika bertanding dalam acara triatlon Sukan Paralimpik Tokyo 2020. – AFP
    Pemenang pingat emas, Susana Rodriguez dari Sepanyol dan pembimbingnya, Sara Loehr semasa maraikan pingat kemenangan mereka di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. – AFP

    Dia kemudian menggunakan kepakarannya dalam perubatan fizikal dan pemulihan untuk digunakan dengan membantu pesakit pulih daripada jangkitan yang paling teruk, sambil mengambil masa berjam-jam berlatih di treadmill dan basikal sebelum atau selepas waktu bekerja.

    “Saya juga takut jika dijangkiti COVID-19,” kata atlet, yang menghidap sakit albinisme dan separuh penglihatannya sahaja.

    “Bagi orang buta, kami banyak bergantung pada deria sentuhan dan ketika pandemik bermula, semuanya berubah menjadi sangat berbeza dan sentuhan bukanlah idea terbaik. Jadi sukar, terutama pada awalnya.”

    Rodriguez, yang telah bertanding dalam sukan atletik sejak kecil, akhirnya mengambil cuti dari karier perubatannya untuk fokus pada persiapan bagi meraih kemenangan.

    Dia akan menjadi atlet paralimpik Sepanyol pertama yang bertanding dalam dua acara pada sukan yang sama ketika dia berlari di T11 1,500 meter wanita baru-baru ini.

    Cara terbaik untuk menjaga stamina untuk acara berturut-turut adalah dengan melakukan laithan setiap hari, menurut atlet Sepanyol itu.

    “Saya sudah terbiasa dengan jadual yang sangat tertekan pada tahun lalu, antara Rio dan Tokyo, jadi saya terbiasa fokus untuk satu hari, kemudian berehat, kemudian hari berikutnya.”

    Saya melakukan lebih baik dalam acara triatlon, tetapi saya sangat menyukai trek,” kata Rodriguez, yang menduduki tempat kelima dalam kategori triatlon di Rio 2016.

    Jurumudi Sara Loehr juga mendapat pingat emas Paralimpik Tokyo, dengan pasangan itu berpegangan tangan dan meraikan kemenangan mereka di podium.

    Rodriguez mengatakan atlet jurumudinya adalah ‘mata saya semasa pertandingan dan mereka sangat mengenali saya. Kami tidak perlu bercakap, kerana mereka tahu sama ada saya boleh mendorong lebih kuat atau tidak.’

    Mereka juga membantunya di Perkampungan Paralimpik.

    “Contohnya, ketika anda pergi makan malam atau sarapan, mereka memberitahu anda makanan apa yang harus diambil. Pada akhirnya, mereka adalah kawan saya.”

    Rodriguez menghadapi cabaran lain pada awal tahun 2020 ketika dia didiagnosis dan menjalani rawatan untuk penyakit jantung genetik.

    “Saya tidak tahu sama ada saya boleh terus berlatih sukan di peringkat profesional,” katanya.

    “Tetapi pasukan kardiologi dari hospital saya sangat baik, membantu saya mengambil keputusan, jadi saya boleh berada di sini di Tokyo, selamat, dan bahagia.”

    Penonton dilarang mengikuti kebanyakan pertandingan di temasya tersebut dan atlet mesti mematuhi peraturan virus yang ketat.

    Di sebalik kesukaran wabak itu, Rodriguez melihat adanya perkara baik yang membawa sinar kejayaan kerana vaksin membantu mengurangkan jumlah pesakit yang sakit parah.

    “Ini mengambil masa yang lama, kami menaruh harapan kami dalam banyak hal dan semakin sukar,” katanya.

    “Tetapi kami mengatakan harapan adalah perkara terakhir yang hilang dan saya berharap pada tahun 2022 kita dapat kembali kepada kehidupan normal.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda