DALLAS, 1 JUN – Curtis Cokes, Hall of Fame dan legenda welterweight yang menjadi juara dunia pertama di Dallas pada tahun 1966, telah meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Erwin Sparky Sparks, rakan Cokes di gim Home of Champions, memberitahu The Dallas Morning News bahawa Cokes meninggal pada hari Jumaat lepas setelah seminggu berada di hospital. Cokes merangkul gelaran kelas welter World Boxing Association pada tahun 1966 dengan keputusan sebulat suara Manny Gonzalez di New Orleans dan menambah mahkota kejuaraannya di World Boxing Council tiga bulan kemudian dengan keputusan sebulat suara ke atas Jean Josselin di Auditorium Memorial Dallas.
Coke kehilangan gelarannya apabila tewas kepada Jose Napoles pada tahun 1969 di Forum di luar Los Angeles dan tewas lagi pertandingan ulangan tidak lama kemudian di Mexico City.
Menceburkan diri dalam Dewan Kemasyhuran Tinju Antarabangsa pada tahun 2003, Coke yang berketinggian 5-kaki-8 bertarung 80 kali dari 1958 hingga 1972, menamatkan kerjayanya dengan 62-14-4 dengan 30 kalah mati.
Dia kemudian melatih petinju di gimnya. Coke juga pernah membintangi sukan bola keranjang dan besbol di Dallas Booker T. Washington High School. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2020/06/page-23-C_02062020.jpg)