Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juarai pertandingan makan 76 hot dog

    NEW YORK, 5 JULAI – Juara bertahan Joey ‘Jaws’ Chestnut menelan 76 hot dog dan ban dengan lahap dalam 10 minit dan memecah rekodnya sendiri untuk memenangi Pertandingan Memakan Hot Dog Antarabangsa Nathan’s ke-14 semalam.

    Pemakan hot dog teratas dunia itu menelan 26 lagi frankfurter dan ban berbanding pemenang kedua GeoffreyEsper untuk memenangi acara percutian tahunan Empat Julai pada tahun lalu.

    “Ia rasa amat seronok,” beritahu Chestnut kepada ESPN, semasa menelan hot dog di depan peminat sekali lagi selepas pertandingan tahun lalu yang diadakan di dalam bangunan tertutup tanpa penonton disebabkan pandemik koronavirus. “Walaupun jika saya berasa tidak selesa, selepas semua orang bersorak dan menyokong saya, ia membuat saya rasa gembira.”

    Sekatan pandemik bermakna pertandingan tidak diadakan di luar kedai hot dog Nathan’s di Coney Island, Brooklyn, namun diadakan di taman besbol liga berhampiran dengan 5,000 penonton.

    Chestnut kini berjaya memenangi 14 daripada 15 pertandingan sejak dia menewaskan juara bertahan enam kali Takeru Kobayashi dari Jepun pada 2007. Satu-satu kekalahannya pada masa itu adalah di tangan Matt Stonie pada 2015.Michelle Lesco menelan 30 hot dog dan ban untuk memenangi kejuaraan wanita di depan Sarah Rodriguez.

    Juara tujuh kali Miki Sudo tidak mempertahankan kejuaraannya. Dia bakal melahirkan anak pertamanya pada akhir bulan ini. – AFP

    Juara makan Joey ‘Jaws’ Chestnut memenangi Pertandingan Makan Hot Dog Antarabangsa Nathan’s 2021 dengan 76 hot dog, memecah rekod terbaiknya di ConeyIsland di Bandar New York pada 4 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda