Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Judi: 24 warga asing didenda

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman denda terhadap 24 warga asing dari Malaysia, Indonesia dan Bangladesh atas pertuduhan bermain judi.

    Khafidun berusia 39 tahun, Handi Saputro 35, Sukamto, 40, Sarianto, 31, Samsul Arifin, 26, Salamun, 46, Giman Nurcahyo, 36, Yatin, 33, Nyuk Fam Tjin, 29, Sadianto, 36, Sarip Hidayat 38, Kawor, 50, Aling Kartono, 42, Jusri bin Jinsin, 50, Paing Lubok, 47, Julias anak Biris, 51, Ngui Loi Fook, 49, Mahammad Shariful Islam, 24, Md Salim Raza, 28, Md Mokhesur Rahman, 36, Mozmmel Haque Mukol, 36, Mohammad Hasen Ali, 39, Dipak Sarkar, 27 dan Mohammad Hridoy, 24, dijatuhi hukuman denda $1,000 setiap seorang oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

    Jika gagal membayar denda, mereka diperintahkan untuk menjalani hukuman sebulan penjara.

    Dalam bilik sama, Ting Siang Eik, 23, yang berdepan dakwaan membenarkan premisnya dijadikan sebagai tempat perjudian dibenarkan ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan dan kesnya ditangguhkan sehingga 4 Ogos 2018.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh memaklumkan mahkamah bahawa Ting Siang Eik dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian lain dan membuat permohonan untuk penangguhan kes.

    Manakala itu, Angga, 33, yang terlibat sama dalam perjudian itu diperintahkan untuk ditahan reman bagi siasatan sehingga sebutan pada 2 Ogos 2018.

    Kesemua mereka diberkas sepasukan polis dari Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dalam serbuan di Perindustrian Parkland Mulaut, Ban 5 pada 25 Julai 2018 kira-kira jam 11 malam.

    Polis menemukan permainan ‘Katam-Katam’ dan wang di premis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda