Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Judi Piala Dunia: 41 ditahan, kredit taruhan RM1.16j dirampas

    KUALA LUMPUR, 9 DIS – Polis Kuala Lumpur menahan 41 individu dan merampas had kredit pertaruhan bernilai RM1,160,723 membabitkan kegiatan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX, bermula 19 Nov lepas hingga semalam.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dalam kenyataan hari ini berkata kesemua mereka terdiri daripada 38 lelaki dan tiga wanita termasuk seorang wanita warga asing ditahan dalam 24 serbuan berasingan sekitar ibu negara.

    Beliau berkata pelbagai peralatan peranti elektronik antaranya enam komputer, 56 telefon bimbit, kad sim dan wang tunai RM2,306 dirampas.

    “Setakat semalam, sebanyak 24 kertas siasatan dibuka dengan 18 individu telah dituduh di mahkamah manakala bakinya masih dalam siasatan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...