Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Judi siber kini menular ke luar bandar Sarawak

    MIRI, 30 Okt – Judi siber kini dikesan menular ke kawasan luar bandar Sarawak susulan penahanan seorang wanita berumur 37 tahun di Beluru, Marudi pada minggu lepas, menurut polis.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata wanita itu yang ditahan di sebuah kedai di Beluru kerana menyediakan perkhidmatan tambah nilai untuk penjudi siber merupakan  antara 55 individu ditahan bagi pelbagai kesalahan judi dalam serbuan dijalankan di seluruh negeri dari 23 Okt sehingga semalam.

    “Wanita itu ialah penjaga kedai itu, pemiliknya tinggal di Miri. Polis sedang menyiasat peranan pemilik kedai kerana dia tiada semasa serbuan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata 55 individu yang ditahan itu terdiri  29 lelaki dan bakinya wanita berumur dalam lingkungan 15 hingga 53 tahun disiasat  atas dakwaan terbabit dalam kegiatan judi siber, menjual nombor ekor  4D dan mesin judi.

    Untuk rekod, Beluru terletak kira-kira 80km atau dua jam perjalanan dengan kenderaan dari pusat bandar raya ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda