Tindakan penyanyi Judika memadam semua foto di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Menurut laporan mStar, menerusi hantaran terbaharu, Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang, 45, menulis kapsyen mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokongnya selama ini.
“Terima kasih telah menyokong saya selama ini,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut bertanyakan khabar tentang dirinya dan berharap penyanyi lagu Aku Yang Tersakiti itu berada dalam keadaan baik.
“Abang Judika harap kamu baik-baik saja.

“Abang kenapa? Jangan hilang.
“Mungkin ini pilihan yang berat, tapi tentunya Judika sudah fikir sehabis baik. Harap yang terbaik untuk abang,” tulis warganet.
Malah, ada juga segelintir peminat yang menganggap akaun Instagram milik penyanyi Indonesia itu telah digodam.
“Nampaknya seperti akaun abang Judika kena godam. Hilang semua gambar miliknya.
“Bang ini mahu promosi lagu baharu atau kena godam,” kata warganet. – Agensi

