Monday, November 25, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Julia dakwa Kanye West dahaga perhatian

    Pelakon Julia Fox menyifatkan hubungan cinta dua bulan bersama penyanyi rap, Kanye West, sebagai memenatkan.

    Julia turut menggambarkan percintaan dengan Kanye seperti sedang menguruskan seorang kanak-kanak yang menagih perhatian.

    “Fokus saya adalah terhadap anak lelaki dan dia sentiasa menjadi keutamaan.

    “Namun hubungan dengan Kanye terlalu berlebihan. Saya rasa sedang menguruskan dua orang kanak-kanak dalam satu masa,” katanya menurut laporan mStar.

    Julia membuat pendedahan itu ketika muncul menerusi program bual bicara The Drew Barrymore Show.

    Julia tidak dapat meneruskan hubungan dengan Kanye. – tmz.com

    Dalam pada itu, Julia berkata, Kanye memerlukan seorang wanita yang mampu memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

    Jelas Julia, dia tidak mampu meneruskan hubungan itu kerana mahu memberikan perhatian penuh kepada anak dan bukan Kanye.

    “Saya rasa Kanye memerlukan wanita yang dapat memberikan perhatian sepenuhnya dan saya tidak boleh menjadi seperti itu.

    “Saya menyedari perkara ini dan enggan meneruskannya lagi kerana tidak mahu menggantikan perhatian kepada anak saya,” ujarnya.

    Julia dan Kanye dilaporkan menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan selepas penyanyi itu berpisah dengan selebriti Kim Kardashian tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda