Saturday, July 6, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Julian Alvarez tersenarai dalam skuad Argentina ke Sukan Olimpik Paris

    BUENOS AIRES, 3 JULAI – Penyerang Manchester City, Julian Alvarez adalah salah seorang daripada tiga pemain lebih umur yang dinamakan dalam skuad Argentina kelmarin untuk Sukan Olimpik Paris.

    Kejohanan bola sepak Olimpik 16 pasukan terbuka kepada pemain di bawah umur 23 tahun tetapi setiap pasukan boleh memasukkan tiga pemain lebih umur atau wild card dalam skuad mereka.

    Jurulatih Argentina, Javier Mascherano turut menamakan penjaga gol Ajax, Geronimo Rulli dan pertahanan tengah Benfica, Nicolas Otamendi sebagai wild card dalam senarai 18 pemainnya.

    Pasukan bawah 23 tahun termasuk pemain tengah penyerang Botafogo, Thiago Almada, yang merupakan ahli skuad Argentina yang memenangi Piala Dunia 2022, Giuliano Simeone dari Atletico Madrid dan penyerang Fiorentina, Lucas Beltran.

    Skuad yang juga dikenali sebagai Albiceleste itu akan memulakan kempen Olimpik menentang Maghribi pada 24 Julai sebelum bertemu Iraq dan Ukraine dalam peringkat kumpulan. – Xinhua

    Julian Alvarez (kiri) meraikan gol pembukaan semasa menentang Kanada dalam Copa America di Atlanta pada 20 Jun. Beliau turut tersenarai dalam skuad Argentina ke Olimpik Paris 2024 – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ keluarkan panduan guna peranti di sekolah

    WELLINGTON, 5 JULAI - Memandangkan kanak-kanak New Zealand (NZ) mencatat kadar penggunaan peranti tertinggi di dunia, garis panduan baharu untuk membantu mengimbangi risiko kesihatan...