Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Julkarnain, Akmal juara Beyblade X

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Julkarnain bin Haji Husin daripada Pasukan SA Bladerz berjaya merangkul juara dan naib juara dalam pertandingan Beyblade X Wizard Arrow Battle anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa sebuah peti sejuk dan pressure cooker.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Mainor Azizi bin Haji Maidin daripada Pasukan DBos Beys (DB) dan tempat keempat disandang oleh Haris Abdullah daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB).

    Sementara itu, pemenang hadiah lapan teratas disandang oleh Mohamad Alim bin Raduan daripada DB, Abdul Naim bin Haji Muhd Yussof daripada Underground X (UGX) dan Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada JB.

    Dalam pertandingan Terbuka Beyblade X anjuran Jakusha Tour pula, Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman daripada SA Bladerz (SAB) muncul juara setelah menewaskan Muhammad Luqman bin Haji kamaludin juga daripada pasukan yang sama dalam perlawanan akhir yang di adakan di Teratak DBos di Kampung Mengkubau.

    Sementara itu, Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada Pasukan JB berjaya merangkul tempat ketiga setelah menewaskan Haris Abdullah daripada pasukan yang sama sekali gus menduduki tempat keempat.

    Manakala pemenang hadiah 8 teratas disandang oleh Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada JB dan Junaidi bin Mohammad Yussof daripada UGX.

    Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, Pasukan SAB terus mengungguli carta liga dengan memperoleh 44 mata diikuti Pasukan JB dengan 25 mata, Pasukan DB 22 mata dan Pasukan UGX memperolehi 19 mata.

    Para pemenang bergambar ramai semasa pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...