Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah jururawat China melebihi 5.2 juta

    BEIJING, 12 MEI – Jumlah jururawat berdaftar di China direkodkan melepasi angka 5.2 juta setakat hujung tahun lalu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC).

    Dalam satu sidang media kelmarin, NHC turut memberitahu bahawa jururawat menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan petugas perubatan dan kesihatan di China.

    “Dalam tempoh sedekad lalu, bilangan jururawat di seluruh negara secara puratanya meningkat sebanyak lapan peratus setahun, dengan tambahan kira-kira 300,000 saban tahun.

    “Kelayakan akademik dan keupayaan perkhidmatan profesional mereka juga semakin meningkat,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Pentadbiran Perubatan NHC, Xing Ruoqi, dalam sesi taklimat menjelang sambutan Hari Jururawat Sedunia.

    Menurut beliau, pendekatan bersepadu akan terus diambil untuk menggalakkan lebih ramai individu menceburi perkhidmatan kejururawatan.

    “China menyasarkan jumlah jururawat bertambah kepada 5.5 juta menjelang 2025, antaranya yang bertugas di peringkat akar umbi mencatat 1.2 juta. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda