KUCHING, 6 JULAI – Jumlah kelahiran anak damit di Sarawak berkurangan daripada kebia-saan pada 2021 apabila hanya 20,000 anak damit direkodkan berbanding kira-kira 40,000 bagi tahun-tahun sebelumnya.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata punca penurunan jumlah kelahiran mungkin berlaku ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.
“Meskipun kerajaan negeri memberikan insentif (kepada pasangan berkahwin untuk memiliki anak), ia bukan semudah itu,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari Sunway serta Pusat Kesuburan Sunway di sini hari ini. – Bernama