Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah kemasukan dari Semenanjung menurun

    KUCHING, 19 OKT – Jumlah kemasukan penduduk dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak turun mendadak sejak negeri ini memperketat syarat-syarat kemasukan bermula 4 Oktober le-pas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

    Beliau berkata hanya kira-kira 200 orang dari semenanjung memasuki Sarawak sehari kini berbanding kira-kira 3,000 orang sebelum ini.

    “Ini menunjukkan rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Jika kita dapat kurangkan kemasukan dari luar Sarawak, kita mampu menghalang jangkitan wabak COVID-19 dari terus merebak, kerana 50 peratus kes positif yang terdapat ketika ini adalah kes import dari luar Sarawak,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda