Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah kematian akibat banjir meningkat kepada 30 orang

    LA PAZ, 20 FEB – Jumlah kematian akibat hujan lebat dan banjir di Bolivia meningkat kepada 30 orang, dengan lima lagi masih hilang, dan lebih 126,000 keluarga terjejas, kata Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes, kelmarin.

    Dalam seminggu yang lalu sahaja, banjir dan tanah runtuh menjejaskan lebih 10,000 keluarga dan meragut dua lagi nyawa, meningkatkan jumlah kematian daripada 28 kepada 30. Bilangan keluarga yang terjejas meningkat daripada 116,207 kepada 126,236, termasuk 91,422 isi rumah yang terkesan dan 34,814 dikategorikan sebagai mangsa bencana, kata Calvimontes dalam sidang media.

    Sejak November 2024, banjir merosakkan 1,004 rumah dengan 350 daripadanya musnah sepenuhnya, sementara keadaan semakin buruk.

    Jabatan barat La Paz mengisytiharkan darurat akibat banjir teruk, menandakan pihak berkuasa tempatan tidak mampu mengendalikannya dan membolehkan sumber negara digerakkan bagi menyokong usaha bantuan.

    Calvimontes berkata negara menghadapi cabaran besar dalam melindungi penduduk dan membina semula komuniti.

    Beliau memberi amaran hujan lebat dijangka berterusan hingga bulan April. – Bernama

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda