Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah kematian akibat gempa Filipina meningkat

    MANILA, 4 DIS – Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Filipina telah meningkat kepada tiga, jumlah rasmi yang dipaparkan hari ini, kerana gegaran susulan yang kerap menyebabkan penduduk melarikan diri ke jalan.

    Sekurang-kurangnya lapan orang turut cedera sejak gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda baru-baru ini di luar pantai pulau Mindanao, di kawasan yang telah menyaksikan beberapa siri gegaran susulan magnitud melebihi 6.0 hingga kelmarin.

    Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda kawasan itu awal hari ini pada kedalaman 30 kilometer, kira-kira 72 kilometer timur laut perbandaran Hinatuan di wilayah Surigao del Sur, kata Kajian Geologi AS.

    “Sehingga kini kami masih ketakutan kerana terdapat banyak gempa susulan,” kata ketua agensi bencana wilayah itu, Alex Arana kepada penyiar DZBB.

    ehingga malam kelmarin, lebih 30,000 keluarga tinggal di pusat pemindahan di Surigao del Sur, kata Arana. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda