Jumlah kematian akibat virus di Iran cecah 10,000

TEHRAN, 25 JUN – Iran hari ini mengumumkan 134 kematian baharu akibat koronavirus yang membawa jumlah keseluruhan dalam wabak paling maut di negara itu, melebihi 10,000.

Republik Islam itu telah bergelut untuk membendung penularan virus sejak ia melaporkan kes pertamanya di bandar suci Qom itu lewat Februari.

Jumlah rasmi telah menunjukkan trajektori meningkat dalam kes baharu yang disahkan sejak awal Mei ketika Iran mencatat jangkitan rendah harian hampir dua bulan.

Namun para pegawai menafikan kenaikan jumlah trend itu akibat gelombang kedua.

“Kami kehilangan 134 saudara kami dalam tempoh 24 jam dan jumlah keseluruhan mangsa adalah 10,130,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Sima Sadat Lari.

Ia adalah hari paling banyak mencatat kematian sejak 6 April, ketika 136 kematian dilaporkan dan hari ketujuh berturut-turut Iran melaporkan lebih 100 kematian koronavirus.

Lari berkata 2,595 lagi telah diuji positif virus itu dalam tempoh 24 jam, membawa jumlah keseluruhan kepada 215,096. – AFP