NEW DELHI, 31 MAC – Angka korban bumbung telaga bertingkat roboh di sebuah kuil Hindu di India meningkat kepada 36 hari ini selepas penyelamat menemui mayat terakhir yang hilang, polis memberitahu AFP.
Berpuluh-puluh orang jemaah meraikan perayaan keagamaan utama terjun ke dalam telaga, yang merupakan sumber air bersama, setelah bumbung yang menutupnya roboh di tengah bandar Indore.
“Seramai 17 orang mangsa telah berjaya diselamatkan semalam. Manakala 36 mayat telah ditemui,” kata pegawai kanan polis Manish Kapooria kepada AFP.
Wanita, kanak-kanak dan anak damit berusia 18 bulan adalah antara mereka yang berdiri di atas gril tingkap yang menutup telaga itu apabila ia roboh dan meruntuhkan mereka ke dalam air kira-kira 7.5 meter (25 kaki).
Mayat puluhan mangsa telah dibakar berdekatan tempat kejadian kelmarin dalam sebuah upacara pengebumian ringkas.
Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi kelmarin berkata bahawa dia sangat sedih dengan berita kemalangan itu dan pejabatnya akan memberikan pampasan. – AFP