DAKAR, 26 JULAI – Senegal kelmarin mengumumkan satu lagi kematian dicatatkan selepas sebuah bot pendatang terbali di luar pantai ibu kota Dakar, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 16 orang.
Pegawai sebelum ini melaporkan 15 orang maut apabila bot kayu yang mereka naiki terbalik semalaman pada Ahad hingga Isnin.
Aktiviti telah ditingkatkan dalam beberapa minggu kebelakangan di sepanjang laluan laut Atlantik dari barat laut Afrika yang dilalui oleh migran untuk sampai ke Eropah melalui Kepuluan Canary di Sepanyol.
Sekurang-kurangnya 14 orang maut pada pertengahan Julai apabila sebuah bot kayak karam di bandar pelabuhan Saint-Louis, berhampiran sempadan Senegal dengan Mauritania.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sering melaporkan kejadian kapal karam di Maghribi, Sepanyol dan perairan antarabangsa, dengan kiraan tidak rasmi menyatakan jumlah kematian dalam lingkungan berpuluh orang.
Presiden Senegal, Macky Sall pada Isnin meluahkan rasa ‘simpati yang mendalam’ atas kematian dalam tragedi bot karam terbaharu itu.- AFP
