KIGALI, 4 OGOS – Penggunaan racun perosak di Afrika Timur, sebahagiannya dijual oleh syarikat Eropah walaupun diharamkan di Kesatuan Eropah (EU) telah membunuh lebah dalam jumlah besar dan mengancam keseluruhan ekosistem, kata saintis.
Joseph Ruzigana, dari daerah Muhanga di selatan Rwanda, mendapati semua lebah dalam 20 sarang lebahnya yang baharu dibina telah mati.
“Rakan penternak lebah juga telah kehilangan banyak lebah akibat racun perosak berbahaya ini. Nampaknya kami tidak akan mendapat madu musim ini,” katanya kepada AFP.
Ruzigana berkata ramai penternak lebah, yang berjumlah lebih daripada 100,000 di Rwanda menurut pegawai.
“Beberapa ekor lebah yang tinggal sangat lemah dan tidak produktif… Saya pernah mendapatkan sehingga 25 kilogram madu daripada satu sarang dalam tempoh sebulan, keluarga saya dijaga dengan baik, tetapi semua itu musnah,” katanya.
Perubahan keadaan iklim adalah sebahagian daripada masalah, hujan yang lebih lama musim ini tidak sesuai untuk penternakan lebah. – AFP


