KUCHING, 24 OGOS – Kumulatif kes COVID-19 di Sarawak melepasi angka 100,000 apabila sebanyak 1,542 kes jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 101,381 kes, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan yang mencatatkan kes tinggi adalah Kuching dengan 812 kes, diikuti Subis (142) dan Bau (74).
“Sebanyak 99.87 peratus kes baharu hari ini adalah kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan) manakala terdapat dua kes daripada kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” menurut JPBN Sarawak. – Bernama