Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah kes kecurian kabel pengecas EV semakin meningkat di Jerman

    BERLIN, 13 OKT – Kes kecurian kabel dan perbuatan sabotaj di stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dilaporkan semakin meningkat di seluruh Jerman, dengan pengendali melaporkan peningkatan mendadak kes itu berbanding tahun-tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    EnBW, pengendali rangkaian pengecasan terbesar di Jerman memaklumkan bahawa lebih 900 kes kecurian kabel direkodkan tahun ini di lebih 130 tapak pengecasan pantas.

    Jumlah kerugian ketika ini dianggarkan mencecah jutaan euro pada tahap satu angka rendah, kata jurucakap syarikat itu, sambil menambah kerugian adalah lebih rendah pada tahun-tahun sebelumnya.

    Pengendali stesen pengecas EWE Go berkata ia turut melaporkan peningkatan ketara, “Ketika kami hanya merekodkan jumlah kes pada tahap dua angka rendah antara 2022 dan 2024, jumlah itu pada 2025 meningkat ke tahap dua angka sederhana hingga tinggi,” kata syarikat itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda