Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah kes kluster tidak lagi dikongsikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Jika dilihat sejak gelombang pertama penularan COVID-19 di negara ini pada bulan Mac 2020 yang lalu, jumlah kes kluster baharu akan dikongsi kepada orang ramai semasa sidang media diadakan.

    Namun hal sedemikian berbeza pada kali ini yang mana jumlah kes kluster terkini sudah tidak lagi dikongsikan memandangkan jumlahnya yang begitu banyak.

    Antara sebab hal ini dilakukan adalah kerana kejayaan pemberian vaksinasi di negara ini yang mana menjadikan seseorang yang dijangkiti COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala dan sukar untuk dikenal pasti sama ada seseorang itu telah dijangkiti atau sebaliknya. Oleh itu, pengesanan penularan jangkitan itu lebih mudah dikenal pasti sebelum ini berbanding pada waktu semasa.

    Perkara tersebut adalah antara yang dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan pada petang tadi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda