Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jumlah korban akibat siklon meningkat kepada 65 orang

    KOLKATA, 29 MEI – Siklon kuat yang melanda Bangladesh dan India telah mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang, termasuk dalam ribut hujan lebat yang menyusul, menurut pegawai kerajaan dan media hari ini.

    Siklon Remal, yang mendarat pada petang Ahad dengan angin ribut kencang dan ombak kuat, bergerak perlahan ke kawasan darat menyebabkan banjir dan mengakibatkan tanah susur.

    Azizur Rahman, Pengarah Jabatan Meteorologi Bangladesh yang dikendalikan oleh kerajaan, berkata bahawa siklon itu adalah ‘salah satu yang paling lama dalam sejarah negara ini’, sambil menyalahkan perubahan iklim sebagai punca kejadian itu.

    Di Bangladesh, yang mengalami kesan paling teruk akibat siklon itu, sekurang-kurangnya 17 orang maut, menurut pejabat pengurusan bencana dan polis.

    Ada yang lemas. Yang lain terbunuh akibat serpihan yang berterbangan, pokok tumbang atau terkena renjatan elektrik akibat talian elektrik yang jatuh.

    Gambar AFP

    Di India, 48 orang maut, menurut laporan kerajaan dan media, yang mengemas kini jumlah kematian awal seramai 21 orang dari negara itu.

    Kebanyakan mereka yang terbunuh tinggal di negeri Mizoram di timur laut, di mana 28 maut.

    Ini termasuk 14 pekerja yang maut di kuari yang runtuh pada Selasa dalam hujan ribut, menurut kenyataan kerajaan Mizoram.

    Sementara itu, sepuluh orang maut di negeri Bengal Barat, kata pegawai kanan kerajaan Sumit Gupta hari ini.

    Sekurang-kurangnya 10 orang yang lain meninggal dunia di negeri Assam, Nagaland dan Meghalaya, menurut laporan yang dipetik oleh Hindustan Times. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...