Thursday, February 13, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah korban gempa di Jepun meningkat

    WAJIMA, 3 JAN – Penyelamat Jepun bergegas mencari mangsa yang terselamat hari ini ketika pihak berkuasa memberi amaran tentang tanah runtuh dan hujan lebat selepas gempa bumi kuat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 62 orang.

    Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter pada 1 Januari yang menggegarkan wilayah Ishikawa di pulau utama Honshu mencetuskan gelombang tsunami setinggi lebih satu meter, mencetuskan kebakaran besar dan memusnahkan jalan raya.

    Semenanjung Noto paling teruk terjejas, dengan ratusan bangunan dan rumah musnah akibat kebakaran di beberapa buah bandar, termasuk Wajima dan Suzu, seperti yang ditunjukkan oleh imej satelit sebelum dan selepas dikeluarkan hari ini.

    Kerajaan tempatan mengumumkan hari ini bahawa 62 orang telah disahkan terkorban dan lebih 300 lagi cedera, 20 daripadanya parah.

    Jumlah korban dijangka meningkat ketika pasukan penyelamat mengalami kesukaran berdepan gegaran susulan dan cuaca buruk.

    Lebih 31,800 orang berada di tempat perlindungan, kata kerajaan.

    “Lebih 40 jam telah berlalu sejak bencana itu. Kami telah menerima banyak maklumat tentang orang yang memerlukan penyelamatan dan ada orang menunggu bantuan,” kata Perdana Menteri Fumio Kishida hari ini selepas mesyuarat pasukan petugas kecemasan.

    “Usaha menyelamat sedang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan, polis, bomba dan unit operasi lain, manakala bilangan anggota dan anjing penyelamat dipertingkatkan.

    “Bagaimanapun, kami meminta awda untuk terus sedar bahawa kami sedang bersaing dengan masa dan terus melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa, mengutamakan nyawa orang ramai,” kata Kishida. – AFP

    Anggota bomba dan penyelamat menarik mayat dalam kain biru, ditemui dari rumah yang runtuh akibat gempa bumi kuat di Suzu, Prefektur Ishikawa pada 3 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda