Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah korban Taufan melepasi 90 di Filipina

    CEBU, 5 NOV – Jumlah kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melepasi 90 orang hari ini setelah apabila kesan buruk semakin jelas di wilayah Cebu yang paling teruk terjejas.

    Banjir yang digambarkan sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini telah banyak kawasan sehari sebelumnya, menghanyutkan kereta, pondok tepi sungai dan juga kontena perkapalan yang besar.

    Jurucakap Cebu, Rhon Ramos, memberitahu AFP bahawa 35 mayat telah ditemui dari kawasan banjir di Liloan, sebuah bandar di ibu kota wilayah Cebu City.

    Berita suram itu menjadikan jumlah kematian di Cebu kepada 76 orang. Terdahulu, pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 17 kematian di wilayah lain.

    “Banjir di sini semalam sangat teruk,” kata Reynaldo Vergara, 53, kepada AFP, sambil menambah bahawa semua yang ada di kedai kecilnya telah dihanyutkan.

    “Sungai melimpah. Dari situlah air datang,” katanya. “Sekitar pukul empat atau lima pagi, airnya sangat deras sehingga awda tidak dapat melangkah keluar. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Airnya sangat deras.”

    Dalam tempoh 24 jam sebelum Kalmaegi melanda daratan, kawasan sekitar Bandar Cebu dibanjiri dengan 183 milimeter hujan, melebihi purata bulanan 131 milimeter, pakar cuaca Charmagne Varilla memberitahu AFP.

    Para saintis memberi amaran bahawa ribut semakin kuat disebabkan oleh perubahan iklim yang didorong oleh manusia. Lautan yang lebih panas membolehkan taufan menjadi lebih kuat dengan cepat, dan atmosfera yang lebih panas menyimpan lebih banyak kelembapan, bermakna hujan yang lebih lebat.

    Secara keseluruhan, hampir 400,000 orang telah dipindahkan awal dari laluan taufan.

    Dalam kejadian lain, tentera Filipina mengesahkan kelmarin bahawa sebuah helikopter, antara yang dikerahkan untuk memberi bantuan, telah terhempas di utara pulau Mindanao mengorbankan enam orang.

    Selepas taufan Kalmaegi, pakar cuaca Varilla memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya ‘tiga hingga lima lagi’ ribut dijangka melanda menjelang akhir Disember. – AFP

    Penduduk kembali ke rumah selepas dilanda Taufan Kalmaegi di sepanjang Sungai Mananga di Bandar Taliba, wilayah Cebu, hari ini. Jumlah korban langkau 90 mangsa. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda