Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun

    KUALA LUMPUR, 13 FEB – Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun kepada 374 orang setakat 4 petang tadi berbanding 468 orang pagi tadi.

    Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) memaklumkan seramai 169 orang daripada 43 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kinabatangan.

    Selain itu, sekretariat berkenaan memaklumkan sebuah PPS di daerah Beaufort yang menempatkan 33 orang daripada 10 keluarga ditutup petang tadi dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan banjir di kawasan itu pulih sepenuhnya.

    Di Sarawak, Sekretariat JBPN memaklumkan seramai 205 mangsa masih ditempatkan di dua PPS di bahagian Miri.

    Dua PPS di bahagian Mukah iaitu Kem Belia Mukah dan Dewan Kompleks Sukan Komuniti Mukah yang sebelum ini menempatkan 49 mangsa telah ditutup pada 11 pagi tadi selepas banjir di bahagian itu pulih. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda