Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Jumlah mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat

    KUALA LUMPUR, 30 DIS – Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi ini semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

    Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 882 orang setakat pukul 8 pagi ini, melibatkan 267 keluarga di 19 PPS berbanding 482 mangsa malam kelmarin.

    Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jajahan Tanah Merah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 633 orang daripada 208 keluarga di 13 PPS, diikuti Kuala Krai 165 mangsa daripada 38 keluarga di empat PPS dan Machang 84 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS.

    Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati paras Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.11 meter (bahaya 9.0 meter).

    Dua sungai di Tanah Merah dicatatkan berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob pada paras 23.16 meter (amaran 22.5 meter) dan Sungai Sokor pada paras 22.49 meter (amaran 21.0 meter).

    Sementara di Terengganu pula, jumlah mangsa meningkat kepada 651 mangsa daripada 177 keluarga pagi ini berbanding 112 orang daripada 37 keluarga malam kelmarin.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 412 orang daripada 111 keluarga, diikuti Besut (228 mangsa, 61 keluarga) dan Kemaman (11 mangsa, lima keluarga).

    Kesemua mereka kini ditempatkan di 17 PPS dan trend jumlah mangsa masih menunjukkan peningkatan susulan hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri itu.

    Sementara itu, semakan di portal Public InfoBanjir menunjukkan hanya stesen Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) daerah Hulu Terengganu mencatatkan tahap bahaya iaitu 20.89 meter.

    Selain itu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu berada pada paras amaran. – Bernama

    Seorang penduduk Kampung Batu 9, Batang Merbau, Kelantan meredah air banjir di sekitar rumahnya. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...