KOTA KINABALU, 3 Jan – Jumlah mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 120 orang setakat 5:30 petang ini daripada 118 orang tengah hari tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, mangsa banjir daripada 14 kampung itu ditempatkan dua pusat pemindahan sementara iaitu Dewan Membakut dan Dewan SM St Patrick.
Antara kampung yang teruk terjejas banjir ialah Kampung Lumantak, Kampung Jambatan Baru, Kampung Baitam, Kampung Baru dan Kampung Takapan, katanya. – Bernama