ATHENS, 25 FEB – Pengawal pantai Greece kelmarin memaklumkan angka kematian telah meningkat dalam kejadian kebakaran feri berdaftar di Itali minggu lalu kepada lima mangsa, berkata ia masih mencari enam pemandu trak yang hilang.
Insiden kebakaran melanda Euroferry Olympia minggu lalu terjadi berhampiran pulau Corfu Greece selepas ia meninggalkan pelabuhan Igoumenitsa Greece menuju ke bandar Brindisi di Itali.
Kebanyakan penumpang telah dipindahkan dengan pantas dalam masa sejam, tetapi beberapa pemandu lori tidak dapat dikesan.
Empat mangsa terbaharu masih belum dikenal pasti, tetapi pihak berkuasa Greece berkata mereka adalah pemandu trak yang hilang itu. – AFP