TAIPEI, 17 Mei – Jumlah pelawat ke Taiwan merosot dalam suku pertama, terjejas oleh kemerosotan sebanyak 42 peratus dalam ketibaan dari China tatkala hubungan menjadi lebih buruk di selat.
Jumlah pelancong China ke pulau tersebut telah merosot sejak Presiden Tsai Ing-wen menerajui tampuk pentadbiran pada Mei lalu, dengan spekulasi tersebar mengatakan China menutup pintu sebagai taktik tekanan.
Beijing, yang melihat Taiwan masih sebahagian daripada wilayahnya, bersikap meragui parti Tsai, yang menyokong kemerdekaan daripada China. Suku Januari-Mac melihat jumlah pelawat merosot 10 peratus kepada 2.54 juta berbanding tahun lalu, menurut data daripada Biro Pelancongan.
Pertambahan dari kawasan lain termasuk Asia Tenggara adalah tidak mencukupi untuk menghapus kira kemerosotan mendadak dalam pelawat China, yang merosot kepada 659,575 pada suku itu daripada 1.14 juta. – AFP