Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah penduduk Kemboja meningkat 15.55 juta

    PHNOM PENH, 26 JAN – Jumlah penduduk de facto Kemboja meningkat 15.55 juta pada Mac 2019, 16 peratus lebih tinggi daripada 13.4 juta dalam banci 2008, menurut keputusan muktamad banci populasi awam 2019 yang dikeluarkan hari ini.

    Negara beraja itu mempunyai populasi lelaki sebanyak 7.57 juta dan wanita 7.98 juta, menurut keputusan itu, menambah bahawa jumlah isi rumah di negara itu ialah 3.55 juta.

    Berdasarkan keputusan itu, 4.57 juta penduduk berusia antara 0-14 tahun, 9.6 juta berusia antara 15-59 tahun dan hampir 1.38 juta berusia 60 tahun dan lebih tua.

    “Peratusan penduduk tinggal di kawasan bandar adalah 39.4 peratus dan di desa sebanyak 60.6 peratus,” kata Menteri Perancangan Chhay Than pada majlis pelancaran keputusan muktamad banci itu.

    Terdapat sebuah bandar dan tiga wilayah yang mempunyai jumlah populasi lebih sejuta, menambah bahawa ibu negara Phnom Penh mempunyai 2.3 juta, Kandal 1.2 juta, Prey Veng menjadi rumah kepada 1.1 juta orang dan Siem Reap menempatkan sejuta orang.
    Keputusan turut menunjukkan kadar kematian anak damit adalah 18 kematian anak damit dalam 1,000 kelahiran dalam banci 2019, menurun daripada 26 kematian dalam banci 2008.

    Manakala kadar kematian ibu turut mencatatkan pengurangan antara dua banci tersebut daripada 461 kepada 141 kadar kematian dalam 100,000 kelahiran. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda