Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah penduduk tua di Itali meningkat

    ROM, 27 JUN – Penduduk Itali semakin menua di tengah-tengah penurunan kadar kelahiran, peningkatan purata jangka hayat dan penduduk yang kian lanjut usia, memetik laporan tahunan Noi Italia yang dikeluarkan Institut Perangkaan Kebangsaan Itali (Istat), kelmarin.

    Bagi setiap 100 orang berumur bawah 15 tahun di negara ini, kini terdapat 187 orang berumur 65 tahun ke atas, lapor agensi berita Itali ANSA memetik laporan itu.

    Kadar kelahiran meningkat sedikit kepada 1.25 kanak-kanak bagi setiap wanita pada 2021 selepas bertahun-tahun menunjukkan penurunan. 

    Perkahwinan dan penceraian pula masing-masing meningkat sedikit pada 2021.

    Menurut laporan itu, pada tahun 2022 sebanyak 11.5 peratus anak muda berumur antara 18 dan 24 tahun meninggalkan pengajian mereka lebih awal, dengan peratusan meningkat kepada 15.1 peratus di wilayah selatan Itali.

    Sementara itu, kadar pekerjaan dalam kalangan kumpulan umur 20-64 tahun bertambah sebanyak 2.1 mata peratusan mencecah 64.8 peratus pada 2022. 

    Peratusan wanita yang bekerja sebanyak 55 peratus berbanding 74.7 peratus kaum lelaki. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda