Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah penumpang lapangan terbang Dubai merosot 41 peratus

    DUBAI, 11 OGOS – Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai melaporkan hari ini penurunan penerbangan sebanyak 41 peratus pada separuh pertama 2021, tetapi mengatakan ia menjangkakan ‘pertumbuhan pesat’ se-telah pelonggaran sekatan perjalanan.

    Jumlah penumpang yang melalui lapangan terbang terbesar di dunia untuk perjalanan antarabangsa menurun kepada 10.6 juta pada enam bulan pertama 2021, menurut satu kenyataan dari Pejabat Media Dubai.

    Pada suku pertama tahun lalu, lapangan terbang itu telah menerima seramai 17.8 juta penumpang sebelum menghentikan sementara penerbangan komersial pada suku kedua untuk mengekang penyebaran koronavirus.

    “Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mengunjurkan pertumbuhan pesat untuk Dubai International pada separuh kedua tahun ini,” kata kenyataan itu.

    UAE adalah salah satu destinasi pertama untuk dibuka semula bagi pelancongan pada bulan Julai tahun lalu.

    Ini menjadi tarikan bagi pengunjung yang mahu keluar dari cuaca musim sejuk yang suram dan sekatan COVID-19 yang ketat.

    UAE melancarkan kempen vaksinasi pada bulan Disember dan telah memvaksinasi 72 peratus daripada hampir 10 juta penduduknya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda