ISLAMABAD, 30 Mac – Jumlah dagangan dua hala antara Pakistan dan wilayah China dari Zhejiang telah mencapai AS$4 bilion, naib pengarah Bahagian Pembangunan Perdagangan Asing dari Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang, Li Yang berkata di sini, kelmarin.
Bercakap secara eksklusif dengan Xinhua, Li Yang berkata daripada sejumlah AS$ 4 bilion dolar, jumlah eksport dari wilayah Zhejiang China ke Pakistan ialah AS$3.8 bilion dolar.
Li Yang bercakap di luar Pameran Antarabangsa Tekstil Asia 2018 ke-19, yang berakhir di Pusat Ekspo Karachi di bandar pelabuhan tenggara Pakistan di Karachi, kelmarin.
Beliau menyatakan bahawa Jabatan Perdagangan Zhejiang mengendalikan Pameran Eksport Zhejiang semasa Tekstil dan CFT Asia ke-19 di Karachi, yang merupakan satu langkah ke arah mencari kejayaan perdagangan ‘Made in Zhejiang’ di pasaran Asia Selatan.
Acara itu membantu perusahaan berasaskan Zhejiang untuk memperluaskan akses mereka ke pasaran antarabangsa melalui Pakistan, katanya.
Pameran Export Zhejiang juga membantu para usahawan Pakistan untuk mengetahui lebih banyak tentang tekstil dan industri pakaian di wilayah China, yang akan membantu mempromosikan perniagaan dan pelaburan dua hala dalam tahun-tahun akan datang.
Li Yang berkata “Pada Pameran Tekstil ke-19 di Karachi, kami menyediakan sejumlah 150 gerai standard untuk 58 perusahaan, yang produknya terdiri daripada fabrik tekstil, tekstil rumah, jentera tekstil, pakaian dan aksesori selain menonjolkan tahap pembuatan tekstil di wilayah Zhejiang.”
Beliau berkata “Kami berharap dapat membina platform komunikasi perniagaan untuk syarikat-syarikat kedua-dua negara melalui pameran ini. Kami juga ingin membantu kedua-dua belah usahawan untuk menjalankan kerjasama yang praktikal dan tahan lama di pelbagai peringkat dan domain untuk berkongsi manfaat yang dibawa oleh pembangunan ekonomi masing-masing.”
Pameran perdagangan di Karachi menjadi tuan rumah kepada lebih dari 2,000 delegasi asing serta 65,000 pelawat dari sektor perdagangan dan korporat. Tumpuan pameran perdagangan adalah tambahan nilai dalam industri tekstil untuk meningkatkan eksport produk tekstil dan pakaian Asia Selatan ke pelbagai pelosok dunia. – Xinhua

