Friday, May 9, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah vaksinasi lengkap kebangsaan capai 80.2%

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Seramai 648 di seluruh Negara Brunei Darussalam telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kelmarin.

    Dengan jumlah tersebut, kini di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, seramai 403,094 orang telah menerima satu dos vaksin COVID-19 iaitu 93.7 peratus daripada jumlah penduduk negara.

    “Manakala, 344,914 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 80.2 peratus daripada jumlah penduduk negara,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar. Beliau mengongsikannya semasa sesi sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    “Di kalangan penduduk berumur 60 tahun ke atas pula, seramai 44,002 orang iaitu 101.6 peratus telah menerima satu dos vaksin COVID-19 yang mana melebihi daripada anggaran penduduk yang berumur 60 tahun ke atas dan seramai 41,931 orang iaitu 96.8 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Sehubungan itu, Negara Brunei Darussalam kini telah mencatatkan sebanyak 748,008 jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19, sejak ia mula diberikan pada 3 April lalu.

    Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi berbanding dengan daerah-daerah lain iaitu sebanyak 479,597 jumlah pemberian, diikuti dengan Daerah Belait sebanyak 100,781 jumlah pemberian.

    Manakala Daerah Tutong mencatatkan sebanyak 86,820 jumlah pemberian, dan Daerah Temburong sebanyak 80,810 jumlah pemberian.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda