Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jun Hao, dua beregu mara pusingan kedua Terbuka Singapura

    KUALA LUMPUR, 28 MEI – Pemain badminton perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan dua beregu Malaysia tidak berdepan masalah ke pusingan kedua Terbuka Singapura 2024 selepas menewaskan lawan masing-masing di Stadium Dalam Dewan Singapura hari ini.

    Dua beregu berkenaan ialah beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

    Pada pusingan pertama hari ini, Sze Fei dan Nur Izzuddin hanya memerlukan 46 minit untuk menumpaskan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan, 21-18 dan 21-13.

    Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya akan bertemu pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi yang juga pilihan kelapan kejohanan pada Khamis dan mengikut rekod pertemuan sebelum ini, mereka mempunyai peluang 50-50 apabila pernah menewaskan Xuan Yi-Yu Chen dua kali di Terbuka Jerman 2022 dan Terbuka Malaysia 2022.

    Namun pasangan ranking ke-14 dunia itu pernah ditunjukkan jalan keluar sebanyak dua kali oleh Xuan Yi-Yu Chen di Terbuka Jepun 2023 dan Terbuka India 2024 sepanjang empat pertemuan sebelum ini.

    Sementara itu, Chen Tang Jie- Toh Ee Wei yang menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-15 dan 21-17 akan bertemu Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark pada pusingan kedua. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...