Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jun Hao mara ke pusingan kedua, Jin Wei terkandas

    KUALA LUMPUR, 26 OGOS – Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas melepasi cabaran pusingan pertama di Paris, Perancis hari ini.

    Beraksi di Adidas Arena, pemain kedudukan ke-25 dunia itu hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan wakil Switzerland, Tobias Kuenzi dengan kemenangan straight set, 21-12 dan 21-14.

    Pemain berusia 26 tahun itu bakal berdepan cabaran lebih sukar apabila menentang pemain pilihan ke-14 kejohanan dari Jepun, Kenta Nishimoto, yang menewaskan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei 21-13, 21-13.

    Sementara itu, nasib berbeza menimpa pemain perseorangan profesional wanita Malaysia, Goh Jin Wei apabila tersingkir selepas kecundang di tangan pemain kedudukan ke-14 dunia dari China, Gao Fang Jie 14-21, 9-21. – Bernama

    Leong Jun Hao mematahkan hantaran lawannya, Tobias Kuenzi dari Switzerland, dalam perlawanan perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia BWF di Adidas Arena, Paris, pada 26 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda