Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jun Jin kini bergelar suami kepada pramugari

    Selepas terpaksa menangguhkan perkahwinan yang sepatutnya dijadualkan pada awal September, akhirnya anggota kumpulan Jun Jin kini sah bergelar suami pada Ahad lalu.

    Memetik laporan Soompi, Jun Jin dan isterinya yang bukan dalam kalangan selebriti itu mengadakan majlis perkahwinan mereka secara tertutup.

    Jun Jin dan wanita bekerja sebagai pramugari itu hanya menjemput ahli keluarga terdekat dan teman rapat untuk memeriahkan majlis mereka.

    Difahamkan ahli kumpulannya iaitu Kim Don Wan memeriahkan lagi majlis tersebut dengan menyanyikan lagu ucapan tahniah atas perkahwinan pasangan itu.

    Sekitar May lalu, Jun Jin berkongsi hasrat ingin mendirikan rumah tangga dan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga kini. – Agensi

    Jun Jin mengongsikan foto perkahwinannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda