PENYANYI Jun.K daripada kumpulan 2PM secara peribadi memohon maaf kerana pernah memandu kenderaan dalam pengaruh alkohol.
Dipetik dari laporan Soompi, penyanyi naungan JYP Entertainment ini meluahkan rasa kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.
“Saya minta maaf dan perlu menulis surat ini kerana hal ini. Apa yang saya lakukan benar-benar bodoh dan akan muhasabah diri atas kesilapan ini.
“Kepada semua peminat dan teman, maaf saya membuatkan kalian kecewa,” tulisnya.
Sebelum ini, Jun.K ditangkap oleh pihak berkuasa kerana memandu kereta dalam pengaruh alkohol.
Berita mengenai penahanan Jun.K ini menarik perhatian netizen yang berasakan adalah tidak wajar seorang selebriti popular ditahan kerana perbuatan tidak bermoral.