BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Junaidi bin Mohammad Yussof daripada Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB) muncul juara pertandingan Beyblade X King of Pheonix Wing selepas menewaskan Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) dalam perlawanan akhir yang dianjurkan oleh Jakusha Tour di Kampung Lambak, baru-baru ini.
Amiruddin turut meraih tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan tersebut.
Bagi pemenang saguhati lapan teratas pula, ia disandang oleh Junaidi (BGB), Mainor Azizi bin Haji Maidin (DB) dan Julkarnain bin Haji Husin (BGB).
Sementara itu, dalam pertandingan Beyblade X Khas yang berlangsung di Teratak DBos, Kampung Mengkubau, juara diraih oleh Danish Irfan bin Riwi daripada Pasukan DBos Beys (DB) setelah mengalahkan Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada JB dalam perlawanan akhir yang dianjurkan oleh DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam.
Tempat ketiga dan keempat pula disandang oleh pasangan suami isteri, Pengiran Jasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar dan Norhayati binti Abdul Latip, kedua-duanya daripada pasukan Undergroundz X.
Dalam kategori kanak-kanak 10 tahun ke bawah bagi pertandingan Beyblade X Khas pula, juara dimenangi oleh Mohammad Adeeb Syadi bin Haji Rosaimi setelah menewaskan Muhammad Aniq Asyraaf bin Abdul Hadi.
Tempat ketiga pula disandang oleh Akid Akalil bin Abdul Yazid, manakala tempat keempat oleh Muhammad Aniq Arfan bin Abdul Hadi.
Dalam pembukaan Liga Beyblade Brunei Darussalam musim 2025-2026, Pasukan JB mengutip sembilan mata, Pasukan BGB mengutip lapan mata, Pasukan DB mencatatkan satu mata, manakala Pasukan Undergroundz X masih belum memperoleh sebarang mata.


