Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juncker: Bertindak bersama untuk Brexit

    BERLIN, 30 Dis – Ketua Suruhanjaya Eropah (EU), Jean-Claude Juncker hari ini menggesa Britain untuk ‘bertindak bersama’ ke atas Brexit, ketika dia menafikan pertuduhan yang EU mempunyai agenda tersembunyi untuk mengekalkan Britain dalam blok tersebut.

    “Saya mendapati ia tidak wajar yang sebahagian awam Britain sepertinya berfikir bahawa ia sepenuhnya bergantung pada EU untuk memutuskan penyelesaian kepada semua masalah masa depan Britain,” Juncker memberitahu akhbar Jerman, Welt am Sonntag.

    “Gesaan saya adalah: bertindaklah bersama. Dan beritahu saya apa anda mahu. Cadangan kami sudah dibincangkan selama berbulan-bulan.”

    Awal bulan ini, Perdana Menteri Britain, Theresa May menangguhkan undian di Dewan Rakyat bagi perjanjian pengunduran yang dimeterainya bersama EU pada November, bimbang kalah teruk ketika kebanyakan MP menentangnya.

    Beliau berusaha mendapatkan pengesahan selanjutnya dari Brussels berhubung penyusunan berkaitan sempadan Ireland dan berkata undian itu akan diadakan pada minggu 14 Januari.

    Ia juga bermaksud keputusan parlimen akan datang hanya beberapa minggu sebelum Britain dijangka meninggalkan EU pada 29 Mac. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda