Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jung Hae In beli kereta mewah buat pengurus

    Pelakon Korea Selatan, Jung Hae In menunaikan impian pengurusnya dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah.

    Menurut mStar, pelakon yang berusia 36 tahun itu memberitahu hadiah tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kerana menjaganya dengan baik sepanjang bergelar pengurusnya.

    Pelakon drama While You Were Sleeping itu juga memberitahu kenderaan dibeli itu juga adalah hadiah paling mahal pernah diberikan kepada seseorang.

    “Kami telah mengharungi banyak perkara bersama dan dialah yang menjaga semua perkara berkaitan karier saya.

    “Pengurus saya antara individu bersama dengan saya sejak awal kemunculan saya dalam industri seni,” katanya ketika muncul dalam program You Quiz on the Block.

    Tidak hanya kereta mewah, Hae In juga turut memberikan pengurusnya seutas jam tangan mewah.

    Dalam pada itu, Hae In memberitahu dia memang sudah lama menyimpan hasrat memberikan hadiah berkenaan kepada pengurusnya.

    Malah dia pernah berazam pengurusnya menjadi orang pertama akan menerima hadiah daripadanya apabila dia sudah berjaya sebagai pelakon.

    “Masa mula-mula saya bergelar pelakon, saya tiada wang dalam simpanan. Apabila dia mendapat gaji, dia akan belikan saya makanan kegemaran saya. – Agensi

    Jung Hyun In balas jasa baik pengurus. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda