Pelakon Korea Selatan, Jung Joo Yeon memutuskan untuk bercerai dengan suaminya hanya selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.
Berita sedih itu disahkan oleh syarikat pengurusan Joo Yeon iaitu Never Die Entertainment kelmarin.
Menurut kenyataan media dikeluarkan agensi berkenaan, Joo Yeon dan bekas suaminya berpisah sejak Oktober lalu.
Susulan perpisahan itu, mereka memutuskan untuk memfailkan penceraian.
“Berita penceraian itu benar, Joo Yeon dan suami bersetuju menamatkan perkahwinan mereka,” kata kenyataan berkenaan.
Menurut laporan mStar, disebabkan perkahwinan itu tidak didaftarkan secara rasmi, pasangan itu dilaporkan tidak perlu melalui prosiding penceraian yang sah.
Untuk rekod, Joo Yeon, 34, mendirikan rumah tangga dengan suami yang tidak didedahkan identitinya pada Mac lalu. – Agensi