Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jung Kyung Ho sanggup pakai baju papar muka kekasih

    Pelakon Jung Kyung Ho sanggup terbang ke Jepun bagi memberi sokongan buat kekasihnya yang juga ahli kumpulan Girls Generation iaitu Sooyoung.

    Sooyoung mengadakan pameran untuk single solo pertamanya Unstoppable di Ebisu Garden Hall di Tokyo, Jepun.

    Ini menunjukkan perasaan cinta Kyung Ho, 41, kepada Sooyoung tidak pernah berubah sejak mereka bercinta 12 tahun lalu.

    Apa yang menarik perhatian adalah Kyung Ho dilihat tidak malu memakai baju t-shirt memaparkan wajah kekasihnya.

    Malah aktor itu dengan beraninya hadir tanpa pelitup muka dan berdiri dekat dengan pentas untuk menceriakan penampilan solo Sooyoung.

    Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet kagum dengan layanan Kyung Ho terhadap Sooyoung walaupun sudah lama menyulam cinta.

    “Teman lelaki yang sangat beri sokongan pada kekasihnya; Kyung Ho tengah sibuk pun sanggup pergi ke Jepun beri sokongan pada Sooyoung; Pasangan paling green flag, harap hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan,” antara tulisan warganet.

    Dalam perkembangan lain, Sooyoung bakal mengeluarkan single debut solo pertamanya berjudul Unstoppable pada 30 Oktober depan. – Agensi

    Kyung Ho tak malu dilihat memakai baju t-shirt ada wajah Sooyoung. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda